Mitologi Hapi (dewa)

Banjir tahunan Sungai Nil kadangkala dikatakan sebagai Ketibaan Hapi.[1] Kerana banjir ini memberikan tanah yang subur di padang pasir, Hapi melambangkan kesuburan. Dia mempunyai payudara wanita yang besar kerana dia dikatakan membawa hasil tuaian yang kaya dan berkhasiat. Oleh sebab kesuburannya, kadang-kadang dia dianggap sebagai "bapa para dewa",[1] dan dianggap sebagai bapa penyayang yang membantu mengekalkan keseimbangan kosmos, dunia atau alam semesta dalam sistem yang teratur dan harmoni.[1] Dia dikatakan tinggal di dalam gua di sumber sungai Nil berhampiran Aswan.[2] Kultus Hapi yang utama terletak di Riam Pertama bernama Elephantine. Pendeta-pendetanya membuat upacara untuk memastikan tahap aliran yang stabil yang diperlukan dengan banjir tahunan. Di Elephantine nilometer rasmi, alat pengukur paras air, dipantau dengan teliti untuk meramalkan tahap banjir, dan para pendetanya tentu amat tekun memerhatikannya.

Hapi tidak dianggap sebagai tuhan Sungai Nil tetapi kejadian banjirnya.[3] Dia juga dianggap "teman Geb", dewa bumi Mesir, dan "raja Neper", dewa bijian.[4]

Rujukan

WikiPedia: Hapi (dewa) https://en.wikipedia.org/wiki/File:Hapi_Dios_egipc... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Luxor_Museum_St... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Upper_part_of_a... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Limestone_slab_... https://en.wikipedia.org/wiki/File:5EGP(2).png%7CH... https://en.wikipedia.org/wiki/File:C+B-Nile-Hapi.P... https://www.masress.com/en/dailynews/107916 https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Hapy?u... https://archive.org/details/completegodsgodd00wilk...